Isnin, 14 Mac 2016

#catatan aku

Isnin. 14/3/2016

Makan Ais Krim.
Shopping.
Makan malam kat Cukco.
Pergi pantai.
Dan banyak lagi rancangan..

Yup aku kdg agak kebudak2an dlm merancang. Tapi bila aku da makin dewasa aku xpernah kesah apa jadi dengan rancangan aku. Xpernah peduli kalau2 kemahuan aku xdituruti. Dan semakin tu juga aku belajar.. Jangan pernah terlalu..terlalu..dan terlalu untuk mahu.. :)

Hari ni. Buat kali pertama Allah izinkan aku jmpa kak Farah after dia kawin. Banyak y aku nak cerita tapi satu pun xkeluar.. Banyak y nak dibuat tapi biasa.. Terlalu biasa..dengan akhirnya tetap xbuat.. Haha..

Kawin.
Topik hangat bila jadi budak tahun akhir.. Haha.. Then tu jugak y dibual tadi. Kawin? Em.. Kawin? Hurmmmm... Kawin?

Xdak jawapan utk tu.. Dan smpai bila aku tetap juga xtahu.. Nak kawin kena carik pasangan.. Mcm mana nak carik klu aku xpernah pk org lain selain apa mama buat hari ni?.. Abah sihat xye? Zharif Izzah ada nak beli apa2 ke? Along ok x? Kak farah?

Yup mcm mana nak carik pasangan klu aku xjmpa org lain y lebih penting selain kalian utk hidup aku? Mcm mana nak carik pasangan kalau bahagia aku cuma pada kalian?

Jadi.. Buat masa sekarang.. Biar aku fikir tentang kalian dulu.
Soal jodoh aku. Biar Dia buat kerja.


Boleh?

Jumaat, 26 Februari 2016

Catatan sebelum ku pejam mata..

Hari ini.. Aku baca semua mesej kita dari dulu.. Satu persatu.. Dari kita mula kenal sampai sekarang yang kau aku anggap sebahagian dari diri ini.. Sebati.. Cukup..

Orang kata.. Sahabat ini orang yang sentiasa ada dengan kita dalam banyak keadaan.. Sedih.. Susah.. Senang.. Gelak.. Marah.. Faham tiap situasi kita.. Mungkin... Kalau itu sememangnya tafsiran sahabat.. Kita bukan sahabat sebenarnya..

Mungkin..
Xsemua perkara aku ceritakan..
Xsemua perkara aku mahu kau lihat..
Xsemua perkara kau tahu tentang aku..
Xsemua kesedihan aku tonjolkan pada kau..
Xsemua cerita gembira aku kabarkan..
Mungkin itu.. Mungkin ini..
Tapi pada aku kau tetap sahabat terbaik aku punya... Tetap aku letak no 1 walau ada shbat lain y sentiasa ada dengan aku..
Tetap yang terbaik walau kdg kita berbeza..
Kerana aku cinta.. Aku benar2 cinta.. Cinta kau sebagai shbt terbaik pernah aku punya..

Lalu sahabat.. Kakak kecintaan ku..
Andai nanti kau nampak buruk aku.. Masih sudikah kau untuk terus bersahabat dengan aku..
Dan andai nanti kau tahu betapa lemah dan rapuhnya aku.. Mahukah kau terus memanggil aku sebagai adikmu?

Andai saja masa begitu tiba dan kau benar xmahu lagi bersahabat dengan aku... Aku cuma harap kau tidak hilang tanpa kabar.. Kerna aku lebih suka berterus terang daripada diam tanpa bicara.. Ia menyakitkan.. Terlalu..

Lalu..
Untuk tiap perangai keanak-anakkan ku..
Untuk tiap ketakutanku..
Untuk tiap rasa y aku bebankan mu..
Maaf. Sungguh aku benar tidak sengaja...
Dan..
Untuk semua kebaikan sepanjang persahabatan kita..
TERIMA KASIH.
sungguh. Aku xpunya kata untuk luahkannya..

#satu mungkin kau xpernah tahu.. Aku sentiasa takut kalau suatu hari kau perlahan-lahan lupakan aku...
#catatan untuk aku baca di lain hari..

Isnin, 11 Januari 2016

Along dah kawin oiii!!!

Hukh..Hukh...... Kohokkkkkkkohokkkk! Assalamualaikum!!! Haih berhabuk blog ni gila la bape lama tak menyapu ni.. muhahaha.. Btw since along nak kawin ni aku teramat la bizi kalah perdana menteri.. haha

actly along da selamat da pon nikah 26.12 aritu.. so selamat la jugak aku menerima seorang abang ipa.. yess.. akhirnya setelah beberapa orang berjaya aku tewaskan dari mendekati kakak aku akhirnya ada jugak lelaki yang berjaya.. well sebenarnya banyak jugak "ex" along y aku tumpaskan.. tu sume gara2 aku xberkenan ngan lelaki tu.. contohnya pakai seluaq pendek ke merata tempat.. merokok tapi mengaku xberduit.. suka la ngajak keluaq malam2.. mai umah xpernah masuk umah buat baik ngan famili tp terus nak ajak kak aku keluaq.. xsolat dan mcm2.. so aku dengan berjayanya hack enset along utk dptkan fon lelaki2 itu dan terputusla mereka tanpa along taw aku la puncanya.. hahahahaa..

Btw ada y tye best x ada abg ipa.. nok mak xtaw la nak jawab apa.. mak pon kompius haa.. best? Boleh la seposen dua tapi awkward gila laa bila org y kita xkenal jadi famili kita n duk ngan kita.. haa pelik taw.. Dulu rumah la tempat plg best bila xpayah pakai tudung.. bebas nak buat apa.. la ni bila semua berkumpul kena pakai tudung la.. apa la..  kesimpulannya aku seronok kak aku da kawin tp utk the another side.. aku rasa awkward la.. 

So.. panjang lak kan.. da la penat dah.. to my along.. selamat jadi bini org.. xpayah la nak bajet muda da.. haha

Moga happy2 selalu Syafiqah & Syahmi.