Jumaat, 26 Februari 2016

Catatan sebelum ku pejam mata..

Hari ini.. Aku baca semua mesej kita dari dulu.. Satu persatu.. Dari kita mula kenal sampai sekarang yang kau aku anggap sebahagian dari diri ini.. Sebati.. Cukup..

Orang kata.. Sahabat ini orang yang sentiasa ada dengan kita dalam banyak keadaan.. Sedih.. Susah.. Senang.. Gelak.. Marah.. Faham tiap situasi kita.. Mungkin... Kalau itu sememangnya tafsiran sahabat.. Kita bukan sahabat sebenarnya..

Mungkin..
Xsemua perkara aku ceritakan..
Xsemua perkara aku mahu kau lihat..
Xsemua perkara kau tahu tentang aku..
Xsemua kesedihan aku tonjolkan pada kau..
Xsemua cerita gembira aku kabarkan..
Mungkin itu.. Mungkin ini..
Tapi pada aku kau tetap sahabat terbaik aku punya... Tetap aku letak no 1 walau ada shbat lain y sentiasa ada dengan aku..
Tetap yang terbaik walau kdg kita berbeza..
Kerana aku cinta.. Aku benar2 cinta.. Cinta kau sebagai shbt terbaik pernah aku punya..

Lalu sahabat.. Kakak kecintaan ku..
Andai nanti kau nampak buruk aku.. Masih sudikah kau untuk terus bersahabat dengan aku..
Dan andai nanti kau tahu betapa lemah dan rapuhnya aku.. Mahukah kau terus memanggil aku sebagai adikmu?

Andai saja masa begitu tiba dan kau benar xmahu lagi bersahabat dengan aku... Aku cuma harap kau tidak hilang tanpa kabar.. Kerna aku lebih suka berterus terang daripada diam tanpa bicara.. Ia menyakitkan.. Terlalu..

Lalu..
Untuk tiap perangai keanak-anakkan ku..
Untuk tiap ketakutanku..
Untuk tiap rasa y aku bebankan mu..
Maaf. Sungguh aku benar tidak sengaja...
Dan..
Untuk semua kebaikan sepanjang persahabatan kita..
TERIMA KASIH.
sungguh. Aku xpunya kata untuk luahkannya..

#satu mungkin kau xpernah tahu.. Aku sentiasa takut kalau suatu hari kau perlahan-lahan lupakan aku...
#catatan untuk aku baca di lain hari..