Isnin, 14 Mac 2016

#catatan aku

Isnin. 14/3/2016

Makan Ais Krim.
Shopping.
Makan malam kat Cukco.
Pergi pantai.
Dan banyak lagi rancangan..

Yup aku kdg agak kebudak2an dlm merancang. Tapi bila aku da makin dewasa aku xpernah kesah apa jadi dengan rancangan aku. Xpernah peduli kalau2 kemahuan aku xdituruti. Dan semakin tu juga aku belajar.. Jangan pernah terlalu..terlalu..dan terlalu untuk mahu.. :)

Hari ni. Buat kali pertama Allah izinkan aku jmpa kak Farah after dia kawin. Banyak y aku nak cerita tapi satu pun xkeluar.. Banyak y nak dibuat tapi biasa.. Terlalu biasa..dengan akhirnya tetap xbuat.. Haha..

Kawin.
Topik hangat bila jadi budak tahun akhir.. Haha.. Then tu jugak y dibual tadi. Kawin? Em.. Kawin? Hurmmmm... Kawin?

Xdak jawapan utk tu.. Dan smpai bila aku tetap juga xtahu.. Nak kawin kena carik pasangan.. Mcm mana nak carik klu aku xpernah pk org lain selain apa mama buat hari ni?.. Abah sihat xye? Zharif Izzah ada nak beli apa2 ke? Along ok x? Kak farah?

Yup mcm mana nak carik pasangan klu aku xjmpa org lain y lebih penting selain kalian utk hidup aku? Mcm mana nak carik pasangan kalau bahagia aku cuma pada kalian?

Jadi.. Buat masa sekarang.. Biar aku fikir tentang kalian dulu.
Soal jodoh aku. Biar Dia buat kerja.


Boleh?

Jumaat, 26 Februari 2016

Catatan sebelum ku pejam mata..

Hari ini.. Aku baca semua mesej kita dari dulu.. Satu persatu.. Dari kita mula kenal sampai sekarang yang kau aku anggap sebahagian dari diri ini.. Sebati.. Cukup..

Orang kata.. Sahabat ini orang yang sentiasa ada dengan kita dalam banyak keadaan.. Sedih.. Susah.. Senang.. Gelak.. Marah.. Faham tiap situasi kita.. Mungkin... Kalau itu sememangnya tafsiran sahabat.. Kita bukan sahabat sebenarnya..

Mungkin..
Xsemua perkara aku ceritakan..
Xsemua perkara aku mahu kau lihat..
Xsemua perkara kau tahu tentang aku..
Xsemua kesedihan aku tonjolkan pada kau..
Xsemua cerita gembira aku kabarkan..
Mungkin itu.. Mungkin ini..
Tapi pada aku kau tetap sahabat terbaik aku punya... Tetap aku letak no 1 walau ada shbat lain y sentiasa ada dengan aku..
Tetap yang terbaik walau kdg kita berbeza..
Kerana aku cinta.. Aku benar2 cinta.. Cinta kau sebagai shbt terbaik pernah aku punya..

Lalu sahabat.. Kakak kecintaan ku..
Andai nanti kau nampak buruk aku.. Masih sudikah kau untuk terus bersahabat dengan aku..
Dan andai nanti kau tahu betapa lemah dan rapuhnya aku.. Mahukah kau terus memanggil aku sebagai adikmu?

Andai saja masa begitu tiba dan kau benar xmahu lagi bersahabat dengan aku... Aku cuma harap kau tidak hilang tanpa kabar.. Kerna aku lebih suka berterus terang daripada diam tanpa bicara.. Ia menyakitkan.. Terlalu..

Lalu..
Untuk tiap perangai keanak-anakkan ku..
Untuk tiap ketakutanku..
Untuk tiap rasa y aku bebankan mu..
Maaf. Sungguh aku benar tidak sengaja...
Dan..
Untuk semua kebaikan sepanjang persahabatan kita..
TERIMA KASIH.
sungguh. Aku xpunya kata untuk luahkannya..

#satu mungkin kau xpernah tahu.. Aku sentiasa takut kalau suatu hari kau perlahan-lahan lupakan aku...
#catatan untuk aku baca di lain hari..

Isnin, 11 Januari 2016

Along dah kawin oiii!!!

Hukh..Hukh...... Kohokkkkkkkohokkkk! Assalamualaikum!!! Haih berhabuk blog ni gila la bape lama tak menyapu ni.. muhahaha.. Btw since along nak kawin ni aku teramat la bizi kalah perdana menteri.. haha

actly along da selamat da pon nikah 26.12 aritu.. so selamat la jugak aku menerima seorang abang ipa.. yess.. akhirnya setelah beberapa orang berjaya aku tewaskan dari mendekati kakak aku akhirnya ada jugak lelaki yang berjaya.. well sebenarnya banyak jugak "ex" along y aku tumpaskan.. tu sume gara2 aku xberkenan ngan lelaki tu.. contohnya pakai seluaq pendek ke merata tempat.. merokok tapi mengaku xberduit.. suka la ngajak keluaq malam2.. mai umah xpernah masuk umah buat baik ngan famili tp terus nak ajak kak aku keluaq.. xsolat dan mcm2.. so aku dengan berjayanya hack enset along utk dptkan fon lelaki2 itu dan terputusla mereka tanpa along taw aku la puncanya.. hahahahaa..

Btw ada y tye best x ada abg ipa.. nok mak xtaw la nak jawab apa.. mak pon kompius haa.. best? Boleh la seposen dua tapi awkward gila laa bila org y kita xkenal jadi famili kita n duk ngan kita.. haa pelik taw.. Dulu rumah la tempat plg best bila xpayah pakai tudung.. bebas nak buat apa.. la ni bila semua berkumpul kena pakai tudung la.. apa la..  kesimpulannya aku seronok kak aku da kawin tp utk the another side.. aku rasa awkward la.. 

So.. panjang lak kan.. da la penat dah.. to my along.. selamat jadi bini org.. xpayah la nak bajet muda da.. haha

Moga happy2 selalu Syafiqah & Syahmi.




Selasa, 15 Disember 2015

Jodoh? Biar Dia pilih untuk aku

Aip.. Ok..ok lama dah kan tak update blog.. Pokoknya sih gue itu sibuk bangat.. Kirjaan terus-terusan.. Capik donk... Oish.. Drama indon sgt.. Muhaha.. Tak lah.. Bukan sibuk pon.. Banyak kali dah aku nak update blog tapi bila ada masa je aku buat benda lain macam fb.. Tumblr.. Wechat.. Whatsapp dan lain2. Haa..

Tadi sembang kat group. Aish sume cita pasai kawin.. Biasala umur da masuk 20an mmg aura gatai tu dtg.. Ye dok? Haha.. Tetiba soalan cepu perak mai tuju.. Weh Rah hg bila nak kawin? Hg kata dulu kalau kakak hg kawin xlama nanti hg pulak.. So bila?

Yak.. Aku ada cakap lagu tu ka? Ok nak tarik balik boleh? Haha.. Mmg la lepas kak aku kawin aku pulak.. Xkan adik aku y beza 10tahun ngan aku tu nak kawin dulu... Nak makan penyepak? Sekolah pon xabis lagi.. Ada hati nak langkah bendui.. Ceit! Pui! Haha

Actly aku xpk pon nak kawin bila.. Xsempat pk la.. Calon pon xdak.. Gane nak pk? Hahaha.. Seyesly.. Aku xde la asyik nak pk kawin..kawin..kawin.. Banyak lagi kot benda aku nak pk.. Contohnya gane aku nak kurus.. Asyik cheat je.. Ceh! Atau cane aku nak banyakkan duit aku.. Asyik shopping online je.. Muhahaha..

Haa.. Kan banyak masalah aku tu nak pk.. Manada masa nak pk kawin ka... Carik calon suami ka.. Apa ka.. Xsempat laa..

Ok2 aku series.. Mmg la kdg tu aku pk.. Tp normal la kan bila umur cam aku nak pk lagu tu.. Tp aku xdak la nak jadi desprate sgt nak carik calon suami tangkap muat sebab jeles tengok gadis2 sebaya aku tengah bahagia dilambung cinta ombak rindu.. Kan? Biaq la.. Ada jodoh ada.. Xdak.. Aku nak lagu mana.. Takdir tuhan la tu.. Kita usaha je la... Doa.. Yang lain tu serah je kat Dia.

Klu cakap kawin awai.. Mungkin xla kot... Hutang aku banyak ag kot.. Kereta.. Rumah aku.. Tanah y semua la y ma abah aku belikan utk aku.. Nak la aku byaq even dorg xmintak.. Nak la jugak aku bgi depa merasa duit gaji aku even xbanyak pon.. Xkan la lepas belajaq terus2 nak kawin ikut laki.. Ye kalau jodoh nak buat cane.. Tp bagi aku.. Biaq la aku balas jasa depa dulu.. Kejaq cita2 aku yang lain dulu.. Jodoh tu Inshaa Allah dia dtg la nanti.. Doakan je la ye.. (Peace!!)

#selalu berangan kawin ngan doc.. Ada doc nak kawin ngan cikgu x? Muhahahahaha.. Ok gurau :P

Pstt: maleh buh gambaq kat entri kali ni.. Okey aku memang malas..Nak bagi sama garis ni pon maleh gak.. Biaq laa..  Ada masalah? Haih tumbok kang..😠

Psttt: "hujan.. Aku suka bau tu.. Dia buat aku tenang.. Moga kau baik2 aje sahabatku... Adikmu ni selalu mendoakanmu..."-SJ

Jumaat, 16 Oktober 2015

Biar sebesar kerikil cuma..


Kalau menjadi hamba yang ikhlas itu begitu sakit..
Kita mohonkan agar Tuhan menggantikannya dengan rasa cinta yang tiada luka..

Jika menyuburkan kebaikan itu seolah meranapkan jiwa..
Kita pinta pada Tuhan agar dengan memberi itu jadi lebih mendamaikan..

Cubalah melakukan kebaikan..
Walau sebesar kerikil..
Kerana kebaikan itu..
Kelak akan bersambungan..
:')


P/s : "Exam dah dekat. Masa utk study. Aku cuba paksa diri utk menulis walau apa pun kesibukan aku. Cuma kadang2 betul2 xsempat. Hey. Awak y kat sana. Nama kau tetap dalam doa aku. Even if kita betul2 da jrg msge.. Jarang call.. Jaga diri baik2 ya! Love u lillah!"- SaifaJameela

Selasa, 6 Oktober 2015

Kita cuma hamba


4 hal yang susah diingati dan seringkali dilupakan :

1. Mengingati mati
2. Menghindari sakit
3. Mensyukuri nikmat
4. Menghargai manusia.

Dalam banyak perkara manusia selalu lupa yang kita sebenarnya cuma hamba. Hamba yang sepatutnya tidak layak langsung untuk ingkar arahan tuannya yakni Allah. 




P/s : "lama x update blog. Habis praktikum sibuk dengan kuliah yang tak habis2. Aip..aip. Mohon terus kuat. Sikit aje lagi.. Utk awk yang dkt sana. Moga jaga diri ya!".- SaifaJameela

Ahad, 20 September 2015

Mission accomplished. Farah_Fathi wedding!

18 September 2015

~ Bangun pagi. Senyum tengok mesej. Dalam hati dok kata.. "Start da kakak aku ni..". Tengok tepi pandang muka roomate. Sengeh2. 

"Met. Jom teman p Dungun.."
"Bila?"
"Laa.. Aku nak p jadi supergirl tolong pengantin baru!"

Honestly aku xpernah pon p ghumah kak farah. Jalan p Dungun pon aku xegt.. Ni jalan p ghumah dia. Lagi laa... Tapi... Landak laa... Jalan je la.. Ikut kata hati. Niat baikkan Allah akan permudahkan. Yakin yang tu ja sudah la..

Sampai Dungun pusing2. Xtaw nak pusing mana dah sebab 3kali duk tanya orang tapi xjumpak2... Abis satu Kampung Pulau Serai tu da ghasanya duk pusing... Sebijik khemah pon xjumpak. Nak tepon kak Farah? Xpayah la.. Kompom xangkat! Haha.. Last amik kad tengok. Bismillah!! Ikut ja peta tu. Then.. Ok jumpa! (*time tu ghasa nak hempuk pala kat stereng keta. Kalau daqi awai ikut peta kat kad tu kan da lama sampai. Sendu betoi laa T_T)

Daqi joh nampak dah pengantin bizi mengemas. Bizi bebenor dia.. 
"Assalamualaikum!!! Kak oii.. Kami datang nak nolong! Ada gheja dak?
Pengantin dok buat muka terkejut blur lak. Tak payah laa.. Bukan super model pon y datang. Adik hang jugak! :P

*muka pengantin terkejut. (Ok tipu).

# misi potong bawang berjemaah. Nanti aku kawin. Aku nak beli bawang sedia dah potong. Agaq2 ada x ey? T_T

***
19 September 2015

~ LARIAN JAMBATAN SULTAN MAHMUD!!!!!

Why time ni.. Why????????
Arghhhhhh.. Macam mana boleh lupaaaaa.. Stress mak stresss!!
Aku boleh lupa hari ni ada larian jambatan. Dan komfom2 jalan tutup dan jammed!

Ok. Time tu xlawak.. Tapi bila da lepas aku pikir lawak la seposen. Drive sambil nangis2.. Huhu bila nak sampai lagu ni.. Gerak kol 7.30.. Kol 9 dok ada kat KT ag.. Rusila pon xlepas..

Ain kat sebelah. Xabis2.. "Rah sabaq Rah.. Sabaq.."
Hang egt boleh sabaq ka..? Kak aku kawin kot.. Aku bukan nangis pon.. Ayaq mata ja keluaq.. Hang mana taw.. T_T

Sampai Rusila start pecut 120-150. Landak la nak jadi apa pon.. Kat Sk Pulau Serai terlajak pulakkk.. Time ni laa.. Tengok rombongan pengantin lelaki dok lepak tepi tu. Ok lega.. Tarik napas. Sampai. (Tangan dok ketaq sebab bawak keta laju sangat T_T)

Kat masjid. Kak farah "Rah p balik amik cincin pengantin lelaki n alas pengantin sat."

"Hah? Muka blur xleh blah.. Ok..ok.."- bawak keta lelaju padahal rumah dekat ja.. Aku saja nak ghasa mcm dlm cita fast n furious tu (landak la eja dia lagu mana).. Suka aih dengaq bunyi tayaq.. Haha

"Sah? Sah? Sah? Alhamdulillah!"

Rasminya kakak aku. Dah jadi bini orang! Jadi milik lelaki jawapan dari istikarah dia. Syukur..syukur sangat.. :')

*kakak ceq da kena amik org!! Haha.. Xkisah la.. Hg bahagia sudah. Aku tumpang bahagia jaa.. :')

***
"Bila lelaki dan perempuan bernikah.. Maka menangis la si syaitan.."

Alhamdulillah. Semua da selesai. Penantian berakhir. Selamat bercinta sampai syurga. Aku benar doakan kalian. Dan aku benar xpernah tipu untuk itu.

~p/s : Dari kenduri kak Farah. Aku belajar banyak perkara. 
1. Hang xboleh nak andaikan masa depan. Redha. Doa. Berbahagialah.
2. Tawakal pada Allah. Jgn sesekali putus asa. Masa stuck kat jammed tu... Aku betoi2 tawakal. Moga diberi kesempatan utk ada sekali masa kak farah akad. Dan alhamdulillah. Allah makbulkan. Siap boleh jadi penyelamat keadaan lagi.. Syukur2.
3. Sayang tu.. Perlunya ada pengorbanan tanpa mengharap balasan. Aku nak buktikan y aku betul2 sentiasa ada klu dia perlukan. Tanpa rasa terbeban. Tanpa rasa susah. Aku bahagia utk dibebankan.

Akhirnya..
MISSION ACCOMPLISHED!

dan aku. Dah pon sampai kampung!


P/s : doakan aku jumpa jodohku. Jodoh y mampu dekatkan aku dgn Tuhan. Keluarga. Dan ukhuwah kita.. Terus jadi sahabat dan kakak aku. Sampai suami kita berkawan baik. Sampai anak2 kita bersahabat baik. Itu doa aku seterusnya. Mohon doakan sekali ya.. -SaifaJameela