Ahad, 20 September 2015

Mission accomplished. Farah_Fathi wedding!

18 September 2015

~ Bangun pagi. Senyum tengok mesej. Dalam hati dok kata.. "Start da kakak aku ni..". Tengok tepi pandang muka roomate. Sengeh2. 

"Met. Jom teman p Dungun.."
"Bila?"
"Laa.. Aku nak p jadi supergirl tolong pengantin baru!"

Honestly aku xpernah pon p ghumah kak farah. Jalan p Dungun pon aku xegt.. Ni jalan p ghumah dia. Lagi laa... Tapi... Landak laa... Jalan je la.. Ikut kata hati. Niat baikkan Allah akan permudahkan. Yakin yang tu ja sudah la..

Sampai Dungun pusing2. Xtaw nak pusing mana dah sebab 3kali duk tanya orang tapi xjumpak2... Abis satu Kampung Pulau Serai tu da ghasanya duk pusing... Sebijik khemah pon xjumpak. Nak tepon kak Farah? Xpayah la.. Kompom xangkat! Haha.. Last amik kad tengok. Bismillah!! Ikut ja peta tu. Then.. Ok jumpa! (*time tu ghasa nak hempuk pala kat stereng keta. Kalau daqi awai ikut peta kat kad tu kan da lama sampai. Sendu betoi laa T_T)

Daqi joh nampak dah pengantin bizi mengemas. Bizi bebenor dia.. 
"Assalamualaikum!!! Kak oii.. Kami datang nak nolong! Ada gheja dak?
Pengantin dok buat muka terkejut blur lak. Tak payah laa.. Bukan super model pon y datang. Adik hang jugak! :P

*muka pengantin terkejut. (Ok tipu).

# misi potong bawang berjemaah. Nanti aku kawin. Aku nak beli bawang sedia dah potong. Agaq2 ada x ey? T_T

***
19 September 2015

~ LARIAN JAMBATAN SULTAN MAHMUD!!!!!

Why time ni.. Why????????
Arghhhhhh.. Macam mana boleh lupaaaaa.. Stress mak stresss!!
Aku boleh lupa hari ni ada larian jambatan. Dan komfom2 jalan tutup dan jammed!

Ok. Time tu xlawak.. Tapi bila da lepas aku pikir lawak la seposen. Drive sambil nangis2.. Huhu bila nak sampai lagu ni.. Gerak kol 7.30.. Kol 9 dok ada kat KT ag.. Rusila pon xlepas..

Ain kat sebelah. Xabis2.. "Rah sabaq Rah.. Sabaq.."
Hang egt boleh sabaq ka..? Kak aku kawin kot.. Aku bukan nangis pon.. Ayaq mata ja keluaq.. Hang mana taw.. T_T

Sampai Rusila start pecut 120-150. Landak la nak jadi apa pon.. Kat Sk Pulau Serai terlajak pulakkk.. Time ni laa.. Tengok rombongan pengantin lelaki dok lepak tepi tu. Ok lega.. Tarik napas. Sampai. (Tangan dok ketaq sebab bawak keta laju sangat T_T)

Kat masjid. Kak farah "Rah p balik amik cincin pengantin lelaki n alas pengantin sat."

"Hah? Muka blur xleh blah.. Ok..ok.."- bawak keta lelaju padahal rumah dekat ja.. Aku saja nak ghasa mcm dlm cita fast n furious tu (landak la eja dia lagu mana).. Suka aih dengaq bunyi tayaq.. Haha

"Sah? Sah? Sah? Alhamdulillah!"

Rasminya kakak aku. Dah jadi bini orang! Jadi milik lelaki jawapan dari istikarah dia. Syukur..syukur sangat.. :')

*kakak ceq da kena amik org!! Haha.. Xkisah la.. Hg bahagia sudah. Aku tumpang bahagia jaa.. :')

***
"Bila lelaki dan perempuan bernikah.. Maka menangis la si syaitan.."

Alhamdulillah. Semua da selesai. Penantian berakhir. Selamat bercinta sampai syurga. Aku benar doakan kalian. Dan aku benar xpernah tipu untuk itu.

~p/s : Dari kenduri kak Farah. Aku belajar banyak perkara. 
1. Hang xboleh nak andaikan masa depan. Redha. Doa. Berbahagialah.
2. Tawakal pada Allah. Jgn sesekali putus asa. Masa stuck kat jammed tu... Aku betoi2 tawakal. Moga diberi kesempatan utk ada sekali masa kak farah akad. Dan alhamdulillah. Allah makbulkan. Siap boleh jadi penyelamat keadaan lagi.. Syukur2.
3. Sayang tu.. Perlunya ada pengorbanan tanpa mengharap balasan. Aku nak buktikan y aku betul2 sentiasa ada klu dia perlukan. Tanpa rasa terbeban. Tanpa rasa susah. Aku bahagia utk dibebankan.

Akhirnya..
MISSION ACCOMPLISHED!

dan aku. Dah pon sampai kampung!


P/s : doakan aku jumpa jodohku. Jodoh y mampu dekatkan aku dgn Tuhan. Keluarga. Dan ukhuwah kita.. Terus jadi sahabat dan kakak aku. Sampai suami kita berkawan baik. Sampai anak2 kita bersahabat baik. Itu doa aku seterusnya. Mohon doakan sekali ya.. -SaifaJameela




3 ulasan:

  1. Bagus ukhuwwah ni. Moga mampu membina membina ukhuwwah sebaik ini juga dengan semua :) <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam